HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Program Pengajian Pascasiswazah IPPM

PROGRAM PENGAJIAN PASCASISWAZAH

Gerontologi adalah bidang yang mengkaji proses penuaan dalam individu dan populasi.  Di MyAgeingTM kami menawarkan program pengajian pascasiswazah Master of Science (MSc) dan Doktor Falsafah (Ph.D).  Kedua-dua program ini memerlukan pelajar menyerahkan tesis dan bidang pengajian adalah :

  • Gerontologi Sosial
  • Gerontologi Perubatan
  • Geronteknologi

 

Gerontologi Sosial

  • Gerontologi sosial memberi tumpuan kepada aspek sosial, ekonomi dan budaya penuaan yang mempengaruhi kesejahteraan warga emas. Ia berdasarkan pendekatan pelbagai disiplin dalam memahami proses psiko-sosial penuaan kepada warga emas, keluarga dan masyarakat.
  • Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini menyumbang kepada dasar-dasar dan program sosial dalam menguruskan populasi yang semakin tua termasuk demografi, aspek ekonomi dan kewangan dalam penuaan, hubungan kekeluargaan dan antara generasi, sokongan sosial, penjagaan jangka panjang, pembelajaran sepanjang hayat dan lain-lain.

 

Gerontologi Perubatan

  • Gerontologi perubatan memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam penyakit dan ketidakupayaan yang berkaitan dengan usia.  Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam pemeriksaan dan diagnosis serta membangunkan rawaran intervesi yang berkesan dan penjagaan gangguan berkaitan usia seperti strok, gangguan kognitif dan demensia, jatuh, kesihatan tulang dan lemah.  Teknik pemakanan dan senaman yang berfungi dengan baik untuk orang tua ditekankan dalam rawatan pencegahan dan pemulihan untuk penuaan yang berjaya.

 

Geronteknologi

  • Geronteknologi adalah bidang akademik dan profesional antara disiplin yang menggabungkan gerontologi dan teknologi. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini bertujuan untuk memahami aspek reka bentuk dalam teknologi dan persekitaran yang membolehkan penglibatan hidup dan penyertaan sosial orang tua dalam kesihatan, keselesaan dan keselamatan yang baik
  • Tumpuan penyelidikan adalah mengenai teknologi yang sepadan dan persekitaran yang dibina dalam aspek kesihatan, perumahan, mobiliti, komunikasi, kerja, masa lapang dan rekreasi orang tua. Hasil kajian boleh menyumbang dalam garis panduan reka bentuk untuk mencegah penurunan fungsi berkaitan dengan usia meningkatkan prestasi, mengimbangi kemampuan menurun dan membantu penjagaan orang tua

 

Kriteria Program Pengajian Pascasiswazah Doktor Falsafah (Ph.D)

  • Keperluan kredit minimum untuk bergraduat adalah 9 jam kredit
  • Pendaftaran kursus pascasiswazah Universiti- Pembentangan Seminar Proposal Penyelidikan (SPS6903) dan Tesis (SPS6999) adalah wajib
  • Pelajar mesti lulus Ujian Komprehensif, di mana hanya perlu ambil selepas menyempurnakan kesemua kursus dalam tempoh 4 semester
  • Tesis akan diperiksa dan sesi viva akan dilakukan pada semester akhir pengajian untuk menilai kompetensi pelajar dalma bidang pengajian

 

Kriteria Program Pengajian Pascasiswazah Master Sains (Ms.C)

  • Keperluan kredit minimum untuk bergraduat adalah 6 jam kredit
  • Pendaftaran kursus pascasiswazah Universiti- Pembentangan Seminar Proposal Penyelidikan (SPS5903) dan Tesis (SPS5999) adalah wajib
  • Tesis akan diperiksa dan sesi viva akan dilakukan pada semester akhir pengajian untuk menilai kompetensi pelajar dalam bidang pengajian

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

 

 

Penyelaras Program Siswazah/Timbalan Dekan Pengajian Siswazah IPPM, UPM

Tel : +603-97692751

Tel: +60397692744

Email : myageing@upm.edu.my

 

Mardziatul Irqin Binti Ismail

Setiausaha Pejabat

Timbalan Pengarah

Tel : 019-3377847

Email : mardziatul@upm.edu.my