Serdang - Majlis Penyerahan Surat Lantikan CEO@PTJ bagi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah diadakan pada 22 Disember 2021 di MyAgeing™ kepada Ts. Hj. Syamsul Arman Yap dari Arte Axis Design Group. Majlis turut dihadiri Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Md Tamrin, Managing Director/Prinsipal Arte Axis Design Group, Ar. Datuk Saiful Anuar Abdul Aziz, Pengarah MyAgeing™ Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad dan Timbalan Pengarah MyAgeing™ Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim.
Moga dengan program ini, kerjasama menyeluruh antara institut dan pihak industri dapat dijalinkan dengan lebih holistik bagi memudahkan dan memperkemaskan proses kawal selia serta reka bentuk fizikal kemudahan bagi warga emas seiring dengan status Malaysia yang akan menjadi negara tua pada tahun 2030.
Tarikh Input: 27/12/2021 |
Kemaskini: 27/12/2021 | lizamdnor
PERKONGSIAN MEDIA