| INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)

Hands-on Training on National Transfer Accounts for Policy Makers

 
SERDANG,15 Mac- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNDESA) dan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA Malaysia) telah menganjurkan Hands- on Training on National Transfer Accounts for Policy Makers . Latihan tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Peserta latihan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia, Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain. Latihan tersebut dijangka berlangsung selama 5 hari di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

SXETJA1~