2 Ogos 2023 - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan webinar yang bertajuk "KWSP dan Anda: Merancang Persaraan bersama KWSP". Webinar ini telah disampaikan oleh Puan Ida Izwah Mohd Sharif, Ketua, Khidmat Nasihat Persaraan, KWSP Kajang.
Seramai 50 peserta yang terdiri di kalangan Staf UPM dan orang awam telah mendapat perkongsian mengenai skim dan faedah KWSP, produk dan perkhidmatan KWSP serta perancangan untuk persaraan yang lebih selesa. Peserta juga didedahkan dengan panduan untuk menentukan simpanan minimum yang diperlukan untuk persaraan mengikut umur serta kepentingan keperluan tentang simpanan pada jumlah tertentu untuk membiayai keperluan asas persaraan mereka.
Terima kasih kepada peserta yang telah menyertai webinar ini.
Tarikh Input: 02/08/2023 |
Kemaskini: 02/08/2023 | norhanika
PERKONGSIAN MEDIA