SERDANG, 24 OGOS - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) sebagai peneraju kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dan Seterra Healthcare Service Sdn Bhd telah mengadakan Sesi Pertukaran MoU bertempat di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia.
Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad berpendapat pentingnya MoU ini dalam usaha untuk mencapai matlamat persefahaman ini bersama dalam meningkatkan dan mempelbagaikan program kesedaran individu, keluarga dan komuniti terhadap warga emas dan isu penuaan; pendidikan, latihan serta perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat.
Kerjasama yang terjalin dengan MyAgeing™, UPM merupakan satu inisiatif penting bagi mewujudkan sinergi yang lebih baik di antara para penyelidik dan industri, terutamanya dalam usaha kedua-dua pihak memperkasakan bidang penuaan.
MoU itu ditandatangani oleh Yang Hormat. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bagi pihak UPM, manakala Seterra Healthcare Service Sdn Bhd oleh Tuan Haji M. Yusof bin Ahamad Pengerusi Eksekutif.
Turut hadir semasa Sesi Pertukaran MoU ini telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia dan Pengurusan Seterra Group of Companies.
Tarikh Input: 24/08/2022 | Kemaskini: 24/08/2022 | lizamdnor
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA