1 Jun 2022, SERDANG - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) bersama wakil dari Ricca Pharmaceutical Sdn Bhd dan Penyelidik dari MARDI Serdang telah mengadakan mesyuarat bertempat di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia. Mesyuarat bertujuan membincangkan berkaitan peluang- peluang kerjasama yang boleh dijalankan dalam menyokong keperluan bidang penuaan.
Ahli Mesyuarat juga turut dibawa melihat fasiliti- fasiliti yang terdapat di MyAgeing™. Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia amat mengalu-alukan kerjasama Industri - Industri luar dari swasta dan kerajaan, juga NGO dalam menyokong penyelidikan dan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada warga emas.
Sebarang pertanyaan boleh email ke myageing@upm.edu.my atau boleh hubungi di talian +603:9769 2750
Tarikh Input: 03/06/2022 |
Kemaskini: 03/06/2022 | lizamdnor
PERKONGSIAN MEDIA