Navigating The Path To Paper Acceptance: Insights From 'Avoiding Pitfalls In Article Journal Writing' | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Navigating the Path to Paper Acceptance: Insights from 'Avoiding Pitfalls in Article Journal Writing'

Navigating the Path to Paper Acceptance: Insights from 'Avoiding Pitfalls in Article Journal Writing'

Serdang, 15 Mac - Jawatankuasa Sumber Pembelajaran dan Latihan (TERA) MyAgeing™ telah menganjurkan sesi webinar bertajuk "Avoiding Pitfalls in Article Journal Writing". Webinar ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha, dari Kolej Kejururawatan,Universiti Al-Bayan.

 

Objektif program ini adalah untuk membincangkan kesilapan yang paling biasa semasa menulis artikel penyelidikan, dan cara mengelakkannya untuk meningkatkan peluang penerimaan. Kira-kira 15 peserta, termasuk kakitangan MyAgeing™ dan orang awam menerima pandangan tentang kesilapan yang boleh dielakkan dalam penulisan artikel penyelidikan, termasuk aspek format dan penggunaan Bahasa Inggeris.

 

"Menulis teks saintifik bukanlah tugas yang mudah, dan ia melibatkan siri kemahiran. Gaya penulisan ini memerlukan penguasaan bahasa dan pengetahuan teknikal-saintifik, selain daripada pengetahuan tentang pelbagai teknik dan cadangan tentang apa yang boleh dan patut dielakkan," jelas Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha.

 

Seterusnya, peserta diingatkan tentang kepentingan mematuhi garis panduan format yang betul dan mengekalkankejelasan dalam penyampaian. Sepanjang perbincangan, Dr. Hasanain dengan teliti membincangkan setiap komponen artikel penyelidikan, dari abstrak hingga bahagian rujukan, menangani kesilapan biasa yang dijumpai dalam setiap segmen.

 

Pada akhir perbincangan, Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha menegaskan kembali bahawa kunci kepada penerimaan artikel terletak pada penguasaan bahasa dalam penulisan dan kualiti jurnal yang dirujuk. Perbincangan diakhiri dengan sesi soal jawab ringkas untuk menjawab sebarang soalan yang masih berbaki, diikuti dengan sesi bergambar bersama peserta yang terlibat.

 

Webinar ini memberikan amat bermanfaat untuk meningkatkan kemahiran penulisan artikel penyelidikan. Bagi mereka yang ingin memperkukuhkan kepakaran mereka, kami mengalu-alukan permohonan untuk kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing™ di alamat e-mel berikut: tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.

 

     

 

Disediakan oleh:

Umairah Safiah Binti Noor Azmi
Pelajar Latihan Industri

 

Tarikh Input: 15/03/2024 | Kemaskini: 21/03/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEdNAD~