Serdang, 29 Februari 2024- Encik Sourav Akib Sarkar merupakan pelajar Program Bacelor Sains Komputer (Sistem Komputer) dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM telah menamatkan latihan industri selama 6 bulan bermula 4 September 2023 sehingga 28 Februari 2024 di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) pada hari ini.
Encik Sourav Akib Sarkar mengucapkan terima kasih kerana beliau telah diberi peluang untuk menjalani latihan industri disini. Beliau telah mendapat bimbingan daripada penyelia Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad, Penyelidik Bersekutu MyAgeing™ dan pegawai-pegawai laboratori, staf akademik dan juga semua staf pentadbiran dan sokongan.
Penyampaian sijil dan cenderamata turut disampaikan oleh Timbalan Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Mohd. Roslan Rosnon dan Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad.
Semoga terus maju jaya.
Tarikh Input: 29/02/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA