Pengenalan

Selaras dengan inisiatif penuaan sihat dan aktif oleh WHO, bidang penyelidikan nic di bawah Makmal Gerontologi Perubatan berkisar dalam isu-isu yang berkaitan dengan "Fungsi dan Penuaan", yang juga dikenali sebagai FunAge (Usia Tua Riang). Kebanyakan penyelidikan memfokuskan kepada penerokaan dan pengenalpastian domain pelbagai faktor yang dikaitkan dengan penambahbaikan fungsi fizikal, mental dan sosial warga emas dan hubungannya dengan kualiti hidup yang lebih baik serta kesejahteraan warga emas. Pendekatan penyelidikan ini bukan sahaja melibatkan komuniti, populasi warga emas yang diinstusikan dan yang berasaskan hospital, tetapi juga peranan teknologi bantuan untuk menambah baik fungsi warga emas. Tiga bidang penyelidikan di bawah nic ini telah dibangunkan bagi memandu skop penyelidikan iaitu:

  • Perkhidmatan dan kemudahan (akses kepada sistem penjagaan kesihatan bagi warga emas, dll.)
  • Peralatan dan rawatan (aspek farmakologi dan bukan farmakologi, genetik, aspek pemakanan dan teknologi dalam meningkatkan penuaan aktif)
  • Peningkatan kesihatan (aktiviti fizikal, literasi kesihatan, peningkatan kesihatan mental dalam kalangan warga emas, demensia (nyanyuk) dll.)
 

 
Dalam penyelidikan penuaan sihat ia bukan sahaja bererti tiada penyakit, tetapi juga mengekalkan keupayaan berfungsi. Walaupun majoriti warga emas akan mengalami pelbagai masalah kesihatan, usia tua tidak bermakna kebergantungan. Kos terbesar bagi masyarakat bukan perbelanjaan yang dibuat untuk menggarap keupayaan fungsi ini, tetapi faedah yang mungkin terlepas akibat kegagalan membuat adaptasi dan pelaburan yang sesuai.