SERDANG, 1 Jun- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan kerja dari Pusat Jagaan Warga Tua Rebina, Ipoh. Lawatan ini telah di sambut baik oleh barisan ahli pengurusan MyAgeing™.
Lawatan ini merupakan kenalan rakan Industri dari pihak Cirnet dan Bursa UPM. Menerusi lawatan ini Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia dan Pusat Jagaan Warga Tua Rebina melihat peluang – peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan Bersama.
Para pelawat dibawa melihat dan mencuba perkhidmatan yang ada di MyAgeing™.
Diharapkan lawatan ini meningkatkan lagi bilangan jaringan dan kerjasama di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia . Turut hadir wakil dari pejabat Bursa mengiringi lawatan ini.
Sementara itu, Pusat Jagaan Warga Tua Rebina merupakan pusat jagaan warga emas yang beroperasi di Ipoh Perak.
Date of Input: 01/06/2023 | Updated: 01/06/2023 | lizamdnor
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA