SERDANG, 19 September - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kehadiran kunjungan oleh Prof. Dr. Chia Kee Seng dari University National of Singapore. Beliau merupakan pensyarah pelawat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau akan berada di UPM bermula dari 15-25 September 2023 yang mana ia merupakan sebahagian daripada kerjasama MoU sedia ada antara UPM-NUS dalam bidang penyelidikan berkaitan bidang Kesihatan Awam. Kunjungan beliau ke MyAgeing™ ini turut diiringi oleh pensyarah dan staf dari fakulti berkenaan. Tujuan kunjungan ini adalah untuk memberikan informasi kepada beliau tentang aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh MyAgeing™ sebagai institut penyelidikan berkaitan warga emas dan penuaan di Malaysia. Kunjungan ini dimulai dengan taklimat dan perbincangan bersama ahli pengurusan MyAgeing™ sebelum diakhiri dengan melawat kompleks MyAgeing™ dan melihat sendiri kemudahan serta fasiliti yang disediakan di sini.
Laporan disediakan oleh:
Mohd Rizal Hussain |
Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA