Perkongsian MyAgeingâ„¢ Di Program Konvensyen Warga Emas Sempena Sambutan Hari Warga Emas 2023 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Perkongsian MyAgeingâ„¢ di Program Konvensyen Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas 2023

Perkongsian MyAgeingâ„¢ di Program Konvensyen Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas 2023

SHAH ALAM, 27 Nov -  Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan Kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan PAWE Sungai Udang telah mengadakan  program Konvensyen Warga Emas sempena Sambutan Hari Warga Emas Selangor Tahun 2023 pada 27 November 2023 bertempat di Dewan Rose, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Konvensyen Warga Emas tersebut menekankan isu ketidakupayaan meliputi empat komponen iaitu senaman, ceramah kesihatan, kepentingan wasiat dan keselamatan diri. Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat, Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah dijemput untuk berkongsi Ceramah Kesihatan Warga Emas kepada seramai 400 peserta yang menyertai konvesyen ini.

 

MyAgeing™ juga turut terlibat sebagai Pempamer dan berjaya menarik perhatian warga emas untuk menyertai aktiviti yang disediakan di booth MyAgeing™.

 

 

Pada Majlis Perasmian Penutup , Ucapan Aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Azmir bin Kassim Pengarah Kebajikan Masyarakat, Negeri Selangor manakala Ucapan Perasmian telah disampaikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Pada majlis tersebut YB Puan Anfaal binti Saari urut menyampaikan anugerah pusat aktiviti warga emas (PAWE) cemerlang kepada PAWE Subang Jaya dan pusat jagaan cemerlang kepada Pusat Jagaan Bait Mawaddah. Kedua-dua pusat itu menerima wang tunai RM800 serta sijil penghargaan.

Date of Input: 29/11/2023 | Updated: 29/11/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCWA0~