SERDANG- Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia ( MyAgeing) telah berjaya menjalankan bengkel pra-ujian pada 15 hingga 17 November 2021, bertempat di Hotel Le-Meridien. Bengkel Pra- ujian ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian modul ini sepenuhi untuk warga emas sebelum menjalankan program literasi digital sepenuhnya akan datang.MyAgeing telah membangunkan lima modul pendidikan pada peranti mudah alih dan aplikasi untuk pembelajaran kendiri untuk warga Emas. Penyelidik yang terlibat sebagai tenaga pengajar semasa bengkel ini Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad selaku Ketua Projek, diikuti Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani (Ketua Program Geronteknologi), Dr. Foong Hui Foh (Pasca Doktoral), Puan Farra Zillah Abdullah (Pegawai Penyelidik) dan Encik Mohamad Fadhilah Bagat (Pegawai Penyelidik Sosial).
Seramai 10 peserta telah menyertai bengkel tiga hari kami dan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap modul yang telah diuji. bersedia untuk melibatkan diri dengan lebih ramai warga emas untuk berkongsi program pembelajaran sepanjang hayat kami - 'Literasi Digital untuk Warga Emas'
Date of Input: 27/12/2021 | Updated: 27/12/2021 | lizamdnor
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA