Seminar On Statistical Series: Basic SPSS | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Seminar on Statistical Series: Basic SPSS

Seminar on Statistical Series: Basic SPSS

SERDANG, 26 Jun – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran pada Penuaan (TERA) telah mengadakan “Seminar on Statistical Series: Basic SPSS” bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™ï¸. Seminar ini mensasarkan peserta pelajar baharu pascasiswazah. Terdapat seramai 16 orang peserta menyertai seminar ini.

Seminar ini berlangsung selama dua (2) jam. Penceramah seminar iaitu En. Hazwan Mat Din, Pegawai Penyelidik Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi telah berkongsi kepakaran bersama peserta.

Sementara itu, seminar ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh TERA pada setiap tahun bertujuan membantu pelajar lepasan siswazah untuk memahami aplikasi analisa statistik dalam penyelidikan. Antara skop yang dirangkumi dalam seminar ini adalah seperti skil asas menggunakan program SPSS dan juga pemahaman secara teori berkenaan asas-asas statistik dalam penyelidikan.

 

Laporan oleh,

Hazwan Mat Din

Pegawai Penyelidik

Date of Input: 27/06/2023 | Updated: 27/06/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFDFA4~