SEREMBAN, 17 Jun - Satu sesi lawatan dan pembentangan konsep Hab Perkhidmatan Warga Emas oleh MyAgeing™ dan PAWE@MyAgeing telah diadakan di Wakaf Pak Ngah Atan, Negeri Sembilan.
Sesi ini telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pengarah, Bahagian Warga Emas JKM, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan OKU & Warga Emas Negeri Sembilan serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.
PAWE@MyAgeing merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan sebahagian ahlinya terdiri daripada staf MyAgeing™. Pada tahun 2022, PAWE@MyAgeing telah dipilih sebagai Hab Perkhidmatan Warga Emas.
Date of Input: 18/06/2022 | Updated: 20/06/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA