23 September 2023- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menjalankan program bersama di Johor Bahru Alzheimer's Disease Support Association (JOBADA) bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Program ini diadakan di bawah projek penyelidikan LRGS (Long Term Research Grant) bertajuk ‘Beban Psikososial dan Masyarakat Ke Atas Keuzuran Kognitif Dalam Kalangan Warga Emas Komuniti’ di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Program ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan JOBADA dan penjaga warga emas Dimensia dengan keseluruhan peserta seramai 30 orang. Terdapat perkongsian pengalaman dan kemahiran pengurusan warga emas dimensia bagi membantu penjagaan harian warga emas. Selain itu, senaman menggunakan Thera Band telah diadakan bagi membantu penjaga mengamalkan gaya hidup sihat. Pemeriksaan kesihatan juga diadakan seperti tekanan darah, gula dalam darah, BMI. Perkongsian yang diadakan ini diharapkan dapat membantu peserta yang hadir bagi menambahbaik kesihatan fizikal, mental, sosial dan ekonomi penjaga warga emas demensia serta impaknya ke atas penjaga tersebut.
Laporan disediakan oleh:
Siti Azimah Abdullah |
Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA