Serdang, 19 Oktober - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan latihan kursus yang bertajuk “Training on IoT-Based Healthcare-Monitoring System”. Latihan kursus ini telah disampaikan oleh TS. Dr. Mohd Nazim Mohtar, Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi.
Seramai 10 peserta dalam kalangan staf UPM telah menyertai Latihan kursus ini. Peserta didedahkan dengan penggunaan alatan pemantauan kesihatan yang tersedia di Kompleks MyAgeing™. Alatan-alatan ini menggunakan teknologi Internet of Things yang membolehkan pengukuran tanda vital seperti tekanan darah, kadar nadi dan jantung, kadar oksigen dalam badan, berat badan dll. Pengukuran ini sesuai untuk pemantauan tanda vital pesakit secara jarak jauh atau penyelidikan yang melibatkan precision ageing.
Semoga latihan kursus ini dapat memberi manfaat kepada kesemua peserta.
Laporan disediakan oleh:
|
Hazwan Mat Din Pegawai Penyelidik Tel: +603 - 9769 2741 Faks: +603 - 9769 2744 E-mel: hazwan_m@upm.edu.my
|
Date of Input: 19/10/2023 |
Updated: 19/10/2023 | norhanika
MEDIA SHARING