Serdang, 20 November - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan webinar yang bertajuk ‘Faedah yang Disediakan oleh PERKESO’. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Marwan Bin Ibrahim, Pegawai Eksekutif Kanan, PERKESO.
Seramai 56 peserta dalam kalangan staf UPM dan orang awam telah mendengar perkongsian berkenaan faedah yang ditawarkan oleh PERKESO dibawah skim dan akta yang berkaitan iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Peserta telah mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian tersebut antaranya ialah mengetahui syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.
Dalam pada itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Date of Input: 20/11/2023 | Updated: 20/11/2023 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA