SERDANG, 27 Jan 2022 - Hub Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE), MyAgeing™ telah menganjurkan Webinar 'Jom Belajar' Siri 1/2022: Tahun Baharu Income Baharu. Ini merupakan webinar pertama pada tahun 2022 dan merupakan susulan daripada Webinar ‘Jom Belajar’ pada tahun lepas.
Pada tahun ini, pihak MyFiLE akan membawa topik yang lebih menarik bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan kewangan kepada warga UPM dan orang awam.
Penceramah jemputan iaitu En. Ahmad Sofwan bin Abdul Razak merupakan Remisier dari Malacca Securities Sdn Bhd. Webinar ini telah diadakan selama satu jam setengah. Moderator webinar ialah Dr. Rajna Anthony iaitu Ketua Hub MyFiLE.
Date of Input: 24/02/2022 | Updated: 24/02/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA